NOTA AYAT KEFAHAMAN
TILAWAH
TINGKATAN 4
BAB 1 : MANUSIA PERLU BERSYUKUR

Intisari ayat
Allah beri peringatan kepada musyrikin Mekah mengambil iktibar terhadap kaum dahulu yang dibinasakan Allah kerana tidak bersyukur nikmat-Nya, bahkan melakukan kemungkaran dan kekufuran. Mereka menerima azab yang pedih.
Nikmat kurniaan Allah:
Nikmat kurniaan Allah:
- iman
- Islam
- kesihatan tubuh badan
- akal fikiran
Cara bersyukur dengan nikmat-Nya
Hati
- Sentiasa ingat Allah
- Merendah diri terhadap kekuasaan-Nya
Lidah
- Ucap Alhamdulillah
- Baca al-Quran, zikir, tasbih
Anggota badan
- Guna nikmat ke arah kebaikan
- Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya
Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud, Lut
Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hus a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan harta
Kaum Thamud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi
Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka
- Sebab umat terdahulu dibinasakan
- Menorak ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul
- Menuduh nabi dan rasul sebagai pendusta
- Melakukan kemungkaran dan maksiat
- Tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan
- beribadat kepada-Nya
- menegakkan agama Islam
- melaksanakan amar makruf nahi mungkar
- membangun dan mengurus alam dengan baik berdasarkan syariat
Pengajaran ayat
- Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
- manusia mesti bersyukur nikmat Allah
- orang tidak bersyukur diazab Allah
BAB 2 : RASUL PENYAMPAI WAHYU

Tujuan Allah mengutuskan Rasul (peranan Rasul)
Membetulkan akidah daripada kesesatan kepada beriman kepada Allah
Menjelaskan syariat dan peraturan untuk kebahagian manusia
Mengajar / menunjuk cara ibadat yang betul
Mendidik manusia supaya berakhlak mulia
Mengajar cara hidup bermasyarakat harmoni
Memberitahu berita gembira kepada orang yang taat dan azab untuk yang ingkar
Menjelaskan adanya alam akhirat yang kekal

Bahagian alam ghaib
Hanya diketahui Allah seperti masa berlakunya kiamat, rezeki, bentuk kejadian manusia
Perkara yang telah berlaku seperti kisah Nabi, kemusnahan umat yang derhaka kepada Allah
Suatu yang wujud tetapi tidak boleh dilihat oleh pancaindera seperti malaikat, syaitan
Sesuatu yang akan berlaku seperti kemunculan Nabi Isa, Dajjal
Perkara yang diketahui manusia melalui ilmu dan kajian seperti jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat / jenis logam yang berharga di dalam bumi

Tugas manusia
Mencari kurniaan untuk akhirat
Berusaha mendalami ilmu pengetahuan
Memiliki kemahiran
Melaksanakan perintah wahyu
Berusaha mendalami ilmu pengetahuan
Memiliki kemahiran
Melaksanakan perintah wahyu
Pengajaran ayat
Rasul merupakan penyampai wahyu
Wajib mentaati Rasul
Nabi / Rasul manusia pilihan Allah
Kita hendaklah berfikir berlandaskan wahyu
Wajib mentaati Rasul
Nabi / Rasul manusia pilihan Allah
Kita hendaklah berfikir berlandaskan wahyu
Contoh Soalan
1. Jelaskan tiga hikmat Allah mengutuskan para rasul walaupun manusia telah dikurniakan akal.
2. Kategorikan perkara-perkara ghaib serta contoh.
3. Mengapakah rasul dilantik dari kalangan lelaki?
4. Mengapakah manusia perlu berfikir berpandukan wahyu?
5. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat diambil dari ayat di atas.
6. Jelaskan dua perbezaan di antara wahyu dengan akal.
7. Senaraikan tiga ciri-ciri orang yang beriman dengan wahyu Allah.

BAB 3 : LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA

Intisari ayat
Terdapat beberapa gol manusia mempermain dan mempersenda agama mereka tertipu dengan keseronokan dan keindahan hidup dunia dan mengutamakan dunia daripada laksanakan perintah Allah
Huraian ayat
Mempermain/mempersenda meliputi tindakan lisan atau perbuatan yang merendahkan martabat Islam
Perbuatan mempersenda agama
- bangga melanggar perintah Allah
- hina gol brtaqwa
- menyanjung maksiat
- melanggar syariat seperti tidak solat, puasa, bayar zakat
Golongan mempersenda agama
- musyrikin: menyekutukan Allah dan nenentang agama tauhid
- munafik : menyembunyi kekufuran, menzahirkan keislaman
- murtad: keluar agama Islam
- ‘Asi: melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah
Akibat mempersenda agama
- akidah rosak
- mendapat balasan azab di akhirat
- jiwa menjadi resah gelisah
- segala kebaikan menjadi sia2
Tuntutan memelihara agama
- melaksanakan perintah Allah dan menjahi larangan-Nya
- melakukan amal solah dan berakhlak mulia
- menentang kemungkaran
- melahir nilai keislaman dalam masyarakat
Akibat tidak memelihara agama
- umat Islam mundur dan ketinggalan
- Islam dihina dan dipermain oleh pihak lain
- maksiat berleluasa
- umat Islam tidak dihormati dan disisih
Harta kekayaan dan pangkat sebagai ujian
- harta dan kekayaan kurniaan Allah yang kadang-kadang dijadikan ukuran taraf seseorang
- Islam menggalakkan mencari harta kekayaan asalkan harta tersebut halal dan berdasarkan prinsip Islam
- umat Islam hendaklah jadikan harta sebagai alat kebahagiaan dunia dan akhirat
Pengajaran ayat
- umat Islam wajib menjaga kesucian agama setiap masa
- Islam bukan satu alat kepentingan peribadi
- orang yang mempersenda aagama akn dapat azab dan seksaan pedih di akhirat
BAB 4 : HIDAYAH MILIK ALLAH

Pengertian Hidayah
Cahaya petunjuk Allah yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menuju ke jalan yang benar
Cahaya petunjuk Allah yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menuju ke jalan yang benar
Mengapa manusia wajib memohon hidayah
1. Mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
2. Cara untuk memohon hidayah
3. Menghayati perintah agama
4. Berakhlak mulia
2. Cara untuk memohon hidayah
3. Menghayati perintah agama
4. Berakhlak mulia
Kesan hidayah kepada manusia
1. Berubah daripada seorang yang tidak beriman kepada yang beriman.
2. Peningkatan ketara dalam beribadah
3. Mengamalkan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan mungkar.
4. Rasa gembira dan tenang menjalankan perintah Allah dan menjauhi perbuatan mungkar
5. Tetap beriman walaupun disiksa atau diberi tawaran kesenangan.
6. Terdorong melakukan tugasan amar makruf nahi mungkar

1. Kita wajib menjaga kesucian agama Islam
2. Agama Islam bukan alat kepentingan peribadi atau golongan tertentu.
3. Orang yang mempersendakan agama akan menerima azab yang pedih
4. Wajib menjauhi perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri dan agama Islam.

1. Nyatakan maksud hidayah.
2. Jelaskan tiga cara untuk mendapat hidayah Allah.
3. Huraikan kesan orang yang mendapat hidayah Allah.
4. Senarai tiga perbezaan sikap antara orang yang mendapat hidayah dan tidak mendapat hidayah.
5. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat di ambil dari ayat di atas.

BAB 5 : AQIDAH TERAS KEHIDUPAN

Matlamat hidup muslim ialah melakukan ibadah semata, untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Tugas dan tanggungjawab manusia
1. Diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah.
2. Membina kekuasaan di bumi untuk menjalankan perintah Allah dan sistem hidup yang berteraskan pengabdian diri kepada Allah.
3. Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara maju, hidup dalam kemakmuran.

1. Agama Islam sahaja yang benar dan diredhai Allah.
2. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat.
3. Manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya.
4. Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian Allah kepada hambanya.
2. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat.
3. Manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya.
4. Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian Allah kepada hambanya.
Contoh Soalan
1. Terangkan tiga tugas manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.
2. Huraikan dengan ringkas mengapakah para rasul dan sahabatnya dimuliakan oelh Allah.
3. Jelaskan sifat-sifat manusia yang dimurkai oleh Allah.
4. Huraikan implikasi ingkar melaksanakan perintah Allah.

BAB 6 : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

Intisari Ayat
Allah janjikan kemenangan kepada orang yang tunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi daripada perbuatan sia-sia , mengeluarkn zakat, jaga kehormatan diri, bersifat amanah, menepati janji. Golongan ini pewaris syurga Firdaus dan kekal di dlmnya untuk selamanya. Islam menyeru umat mencapai kejayaan (al-Falah) dunia dan akhirat
Huraian Ayat
Ciri-ciri mukmin berjaya
- beriman kepada Allah
- solat dengan khusyuk
- menjauhi perkara keji dan sia-sia
- keluarkan zakat
- jaga kehormatan diri
- tunai amanah dan janji
- jaga waktu solat
Khusyuk Dalam Solat
Khusyuk dalam solat ialah tunduk dan rendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan angota ketika solat semata-mata kerana Allah
Cara khusyuk dalam solat
- mangagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah
- memahami maksud ayat dan lafaz
- menumpukan pandangan ke tempat sujud
- tidak bergerak atau berpaling ke kiri dan ke kanan
- menunaikan solat dengan ikhlas
- solat dengan tidak tergesa-gesa
Mengeluarkan Zakat
Peranan zakat dalam masyarakat
- membangunkan ekonomi
- memberi biasiswa kepada pelajar
- membantu fakir miskin yang hidup dalam kedaifan
- memberi latihan kemahiran kepada para penerima zakat
Menjaga Kehormatan Diri
Menjaga kehormatan diri adalah memelihara maruah diri daripada perbuatan yang dilarang Islam
Cara jaga maruah diri
- tutup aurat dengan sempurna
- jauhi zina dan pergaulan babas
- hindar diri daripada terlibat dengan perkara keji seperti rasuah dan penipuan
- amal akhlak mulia
Memelihara Amanah Dan Menepati Janji
- orang yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan munafik
- tanda-tanda munafik
- bercakap bohong
- mungkir janji
- pecah amanah
- melampaui batas ketika bertengkar
Menjaga Waktu Solat
- cara menjaga waktu solat
- kerjakan solat apabila masuk waktu
- menjaga segala rukun qalbi (hati), qauli (perkataan) dan fikli (perbuatan)
- bersungguh-sungguh tunaikan solat
Pengajaran Ayat
- solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas kerana solat tiang agama
- umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri setiap masa
- menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi Muslim
BAB 7 : NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Intisari Ayat
Luqman menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah, berbakti kepada kedua ibu bapa, mendirikan solat, melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tidak bersikap sombong dan bersopan ketika berjln. Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak
Huraian Ayat
- Luqman ialah hamba Allah yang soleh lagi bertaqwa
- beliau dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi
- beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau. Kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada manusia
Nasihat Luqman kepada anaknya
- jgn meakukan syirik
- berbuat baik kepada kedua ibu bapa
- bersabar terhadap bala bencana
- jgn bersombong
- melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran
- menunaikan solat
Tidak Melakukan Syirik
- syirik ialah menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan yang lain sama ada dari segi zat, sifat atau perbuatan-Nya
- syirik termasuk dosa besar. Orang yang syirik terbatal iman, ibadat tidak diterima dan mendapat balasan neraka
Bahagian syirik
- syirik jali: syirik terang-terangan seperti sembah berhala, sembah pokok dan puja kubur
- syirik khafi: syirik tersembunyi (tidak nampak) seperti percaya kepada azimat, tangkal, riak dan takbur
Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
Sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
- ibu bersusah payah mengandungkan anaknya
- ibu bapa menjaga anaknya hingga dewasa dengan penuh kasih sayang
- bapa cari nafkah untuk anak
- sanggup bersusah payah demi kebaikan anak
Contoh beradab dengan ibu bapa
- merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka
- dengar nasihat mereka
- mematuhi perintah mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
- sentiasa menggembirakan mereka
- orang yang buat baik kepada ibu bapa akan dapat balasan baik di dunia dan di akhirat manakala orang derhaka akan dapat azab di akhirat
Menunaikan Kebaikan
- setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
- bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia dan kita hendaklah berterima kasih kepada Allah dan manusia
Tegahan Bersifat Sombong
- Islam perintahkan kita tegur sapa dan tunjuk wajah manis serta lihat muka ketika berbicara dengan orang lain
- kita erlu berbicara dengan lembut dan berhemah agar pendengar memahami jelas dan menerima dengan hati terbuka menghadapi Bencana
Kepentingan sabar
- memperoleh kejayan kerana tidak berputus asa
- reda hadapi dugaan dan ujian Allah
- melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguh-sungguh
- tidak mudah dihasut syaitan
Pengajaran Ayat
- Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup bagi seluruh umat manusia
- Islam memberi penghormatan tinggi kepada kedua ibu bapa
- umat Islam hendaklah beradab sopan dan berbudi bahasa dalam pergaulan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan