Isnin, 30 Jun 2025

JANJI ALLAH PASTI

 Nurly Syahirah mujahiddah yang menjadi bualan. Perginya


dengan membawa al Quran di dada, bukan sekadar lafaz tetapi cinta yang mendalam. Allah SWT muliakan pemergiannya. Kisahnya telah menyentuh jiwa-jiwa yang lalai. Benarlah janji Allah kepada ahlul Quran, jasadnya sewangi kasturi, dibangkitkan pada hari akhirat seumpama bulan purnama, diberi singgahsana kepada ibu bapanya dan dirahmati serta diberkahi hidupnya. Allah telah tunjuk kebenarannya di dunia dan sudah pasti akhiratnya juga. Pengajaran kepada yang masih hidup, bersahabat dengan al Quran tidak akan rugi. Semoga Allah limpahkan rahmatnya kepada al marhumah nurly serta sahabat-sahabatnya. Amin ya rabbal 'alamin.


Rabu, 16 Mei 2018

SAMBUTAN HARI ISRA' MIKRAJ TAHUN 2018

Alhamdulillah banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa Isra' Mikraj terutama keyakinan kita sebagai umat Islam tentang perkara-perkara ghaib. Dalam ceramah ini penceramah telah mengulas ayat dalam surah a- isra' ayat 1-8 yang menceritakan tentang peristiwa ini. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dari peristiwa isra' mikraj ini.



PELANCARAN BULAN IHYA' RAMADAN 1439H/2018

DIKELOLAI OLEH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

BERTEMPAT DI SURAU ALMUTTAQIN SMKDMK


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

"GURU PEMACU TRANSFORMASI NEGARA"

16 MEI 2018 (RABU) JAM 1.30 PETANG


Selasa, 18 September 2012

BENGKEL PEMURNIAN PORTAL PPD KINTA UTARA 2012

Pada 18-20 September 2012 telah diadakan satu perjumpaan di PKG Manjoi untuk bengkel pemurnian Portal PPD Kinta Utara. Seramai lebih kurang 30 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini adalah untuk mengemaskini portal sekolah masing-masing. Banyak perkara baru dan ilmu yang dapat diceduk dari En Meor Muazam (Pen.PPD Bahagian ICT).

Rabu, 12 September 2012

FESTIVAL NASYID DAN SERLAHAN BINTANG 2012

Pada 12 September 2012 telah diadakan Festival Nasyid dan Serlahan Bintang anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak. Seramai 24 buah kumpulan mempertaruhkan nasyid mereka untuk dinilai. SMK Dr Megat Khas turut menghantar wakil yang dianggotai oleh 11 orang pelajar iaitu Jamaluddin (solo), zakwan, raid adnan, farid izzat, saiful, aslah, lutfi, sazrie, aiman, syafiq dan afiq. Panel Juri menjelaskan bahawa penilaian dibuat berdasarkan Suara solo, harmoni dan gaya persembahan. Rata-rata peserta masih menggekalkan tradisi nasyid tradisional yang kurang penegasan dalam persembahan. 2 kumpulan telah mendapat anugerah juri iaitu dari sekolah seri al ummah dan Baitul aini. 4 buah kumpulan telah berjaya keperingkat akhir iaitu Sekolah al barakah, Smka kerian, Baitul mahabbah dan Maahad seri al ummah.