Selasa, 18 September 2012

BENGKEL PEMURNIAN PORTAL PPD KINTA UTARA 2012

Pada 18-20 September 2012 telah diadakan satu perjumpaan di PKG Manjoi untuk bengkel pemurnian Portal PPD Kinta Utara. Seramai lebih kurang 30 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini adalah untuk mengemaskini portal sekolah masing-masing. Banyak perkara baru dan ilmu yang dapat diceduk dari En Meor Muazam (Pen.PPD Bahagian ICT).

Rabu, 12 September 2012

FESTIVAL NASYID DAN SERLAHAN BINTANG 2012

Pada 12 September 2012 telah diadakan Festival Nasyid dan Serlahan Bintang anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak. Seramai 24 buah kumpulan mempertaruhkan nasyid mereka untuk dinilai. SMK Dr Megat Khas turut menghantar wakil yang dianggotai oleh 11 orang pelajar iaitu Jamaluddin (solo), zakwan, raid adnan, farid izzat, saiful, aslah, lutfi, sazrie, aiman, syafiq dan afiq. Panel Juri menjelaskan bahawa penilaian dibuat berdasarkan Suara solo, harmoni dan gaya persembahan. Rata-rata peserta masih menggekalkan tradisi nasyid tradisional yang kurang penegasan dalam persembahan. 2 kumpulan telah mendapat anugerah juri iaitu dari sekolah seri al ummah dan Baitul aini. 4 buah kumpulan telah berjaya keperingkat akhir iaitu Sekolah al barakah, Smka kerian, Baitul mahabbah dan Maahad seri al ummah.